Persatuan Pesara UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Berita Terkini

KAD PESARA UKM BARU

Boleh diperolehi dengan datang ke Pejabat BSM Jbt. Pendaftar yang terletak di bangunan Jabatan Pengurusan Akademik, UKM Lingkungan Kedua pada waktu pejabat.

Bawa sekeping gambar berukuran passport berlatarbelakangkan warna biru atau putih.

Tujuan kad in dibuat bagi menyeragamkan semua KAD PESARA UKM (UKM Induk, HCTM dan UKM KL).

Bagi yang sering ke HCTM untuk membuat rawatan AMAT DIGALAKKAN untuk menukarkan Kad Pesara lama kepada yang baru.

Petukaran Kad Pesara Lama kepada yang baru adalah PERCUMA.

Pesara HCTM – pembaharuan kad pesara perlu dibuat di BSM HCTM.

Bagi ahli yang tinggal jauh, boleh berbuat demikian pada bila-bila masa yang sesuai. Pada masa yang sama kad lama masih boleh digunakan pada masa ini

_________________________

SENIOR CITIZENS DAYS

_________________________

BENGKEL PENULISAN PUISI : SAJAK, PANTUN DAN SYAIR

_________________________

SEMBANG SANTAI PAGI DR. SHUK

Khas untuk warga emas, jom sembang-sembang berkenaan sakit sendi dan hormon. Di PAWE, 25 Julai 2023, jam 9.30 pagi. Moh mengkomer weh!

_________________________

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PESARA SESI 2023-2025

_________________________

PROGRAM 10000 LANGKAH

_________________________

AJK PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas) Sesi 2023-2025

Senarai AJK PAWE (PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS) SESI 2023-2025 Klik disini

_________________________

PEGAWAI-PEGAWAI PERSATUAN Pesara UKM 2023-2025

Senarai Pegawai-Pegawai Persatuan SESI 2023-2025 Klik disini

_________________________

Golf Amal Persatuan Pesara UKM 2023

_________________________

Pengumuman Awal – Majlis Jamuan Hari Raya

_________________________

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1443H

_________________________

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan 1443H

_________________________

Notis Dan Agenda Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Persatuan Pesara UKM Ke-9

_________________________

Tahniah – Dekan Fakulti Perubatan

_________________________

Salam Tahun Baharu 2022

_________________________

Bantuan Bencana Banjir

Sumbangan bantuan bencana banjir Klik disini

_________________________

Perkongsian

Berikut adalah dua video senaman ringan yg ditunjukkan oleh Prof Emeritus Dato Dr Laily Din (bekas pesakit C19).
Senaman ini telah dilakukan oleh beliau semasa menerima rawatan di hospital.
Semoga bermanfaat untuk semua dengan izin Allah swt.

_________________________


_________________________

_________________________

Buku-buku terbitan Ahli Pesara UKM Sempena Jubilee Emas UKM

Buku-buku terbitan Ahli Pesara UKM klik di sini

_________________________

Lantikan Pengarah HCTM UKM

_________________________

Lantikan Naib Cancelor Baharu UKM

Makluman Tambahan Yang Perlu Diambil Perhatian Bagi Setiap Pesara UKM

Setiap Pesara UKM (yang berkelayakan – cukup syarat persaraan sama ada bersara dengan berpencen atau KWSP) mesti mempunyai dua kad pesara.

Satu : Kad pesara yang dikeluarkan oleh JPA

Kedua : Kad pesara yang dikeluarkan oleh UKM (ini khas kegunaan untuk mendapat rawatan di HCTM sahaja)

Sekian dan terima kasih

_________________________

_________________________

_________________________

_________________________

_________________________

_________________________

_________________________

_________________________

Pemakluman

Semoga semua ahli Persatuan di dalam lindungan Allah SWT. Sihat, sentiasa menjaga diri dan mengikut arahan-arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Serta sentiasalah berdoa agar negara kita dipulihkan dengan segera dari malapetaka yang menimpa. Aamiin.

Ekoran situasi yang menimpa negara kita sekarang ini tambahan pula dengan adanya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) , maka bagi kemudahan semua ahli, disampaikan beberapa maklumat penting mengenai tatacara pengambilan ubat di HTCM dan Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi.

Semoga maklumat-maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu ahli-ahli semua.

1.   Pesanan Masyarakat klik di sini
2.   Tatacara Pengambilan Ubat di HTCM
3.  Nombor-nombor telefon Klinik di HTCM klik di sini
4.  Tatacara Pengambilan Ubat Susulan di Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi klik di sini
Sekian dan terima kasih
_________________________

Ucapan Tahniah


Tahniah dan Syabas kepada Dr. Siti Zainon Ismail (Ahli no. 272) Di atas penganugerahan Sasterawan Negara Yang Ke-14
Daripada Warga Persatuan Pesara Universiti Kebangsaan Malaysia

_________________________

Ucapan Tahniah

Tahniah Daripada Warga Persatuan Pesara
_________________________

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
_________________________

Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak 1440H

Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak
_________________________

Memori Persatuan Pesara UKM


_________________________

PELUANG BELAJAR BIDANG KEMAHIRAN DI BAWAH TAJAAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Syarat-syarat:
• Anak-anak asnaf umur 16 tahun
• Bermastautin di Selangor
• Sudah berdaftar sebagai Asnaf dengan Lembaga Zakat Selangor
• Memadai ada sijil berhenti sekolah (tidak perlu SPM)

Elaun:
• Wang saku RM300.00 per bulan
• Tempat tinggal di bayar oleh Lembaga Zakat Selangor

Program dan tempoh pembelajaran:
• Aircond CIDB – 4 bulan
• Solar SKM – 18 bulan

Sila hubungi:
Cik Nurul Asyria 0122998077
_________________________

Mesyuarat Agung Persatuan Pesara Ke-8

Klik Sini untuk Galeri Mesyuarat Agung Persatuan Pesara Ke-8


_________________________

Jemputan Mesyuarat Agung Persatuan Pesara UKM BIL. 8

Mesyuarat Agung Persatuan Pesara UKM BIL. 8
_________________________

Majlis Sambutan Aidilfitri Pesara UKM 2018

Galeri Raya 2018
_________________________

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
_________________________

Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak

Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak
_________________________

PEMAKLUMAN PEMBERIAN KEMUDAHAN RAWATAN DAN PENGINAPAN

Dimaklumkan bahawa pengurusan Universiti telah bersetuju untuk memberi beberapa kemudahan kepada pesara UKM iaitu:

i. Pesara UKM layak mendapatkan perkhidmatan dan diskaun di Poliklinik UKM Kesihatan
ii. Pesara UKM dibenarkan menggunakan kemudahan penginapan di Pusat Latihan Tanjung Karang, Pusat Penyelidikan Tasik Chini dan Pusat Penyelidikan Langkawi

Maklumat lanjut seperti lampiran Surat klik di sini.
_________________________

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Dengan segala hormatnya PERSATUAN PESARA, UKM mengundang

SEMUA AHLI (isteri/suami)
PERSATUAN PESARA UKM

Ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri H1438/2017
21 Julai 2017 (Jumaat)
2.30 petang
Dewan Bankuasi, Aras 2, Bangunan Canselori
Universiti Kebangsaan Malaysia

Atur cara:
• Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis
• Bacaan doa
• Ucapan oleh pengerusi persatuan
• Ucapan oleh Naib Canselor atau wakil
• Majlis jamuan dimulakan
• Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim (oleh Persatuan/individu)
• Penyampaian sumbangan kepada pihak pengurusan anak-anak yatim
• Cabutan bertuah

Tambahan:
• Sumbangan kuih muih daripada ahli adalah dialu-alukan
• Semua bakal ahli baru Persatuan juga dialu-alukan kehadirannya dan boleh mendaftar pada hari yang berkenaan

Pakaian:
• Baju kebangsaan

MAJLIS PEGAWAI PERSATUAN PESARA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Mengucapkan

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Kamariah Mohd Yusof (017 3193734);
Abd. Talib Harun (019 3289426);
Salmah Kasmani (012 3755899)
_________________________

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

MAJLIS PEGAWAI PERSATUAN PESARA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
Semoga amalan kita tahun in akan lebih baik dan berlipat ganda dari tahun-tahun yang sebelumnya
_________________________

PEMBERITAHUAN

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PESARA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
(PPM-017-10-22092010)
BIL. 7

22 Mac 2017 (Rabu)
2.30 petang
Bilik Mesyuarat Senat
Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Kehadiran semua ahli sangatlah dialu-alukan.
_________________________

JEMPUTAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PERSATUAN PESARA UKM

Dimaklumkan bahawa Persatuan Pesara UKM akan mengadakan Jamuan Hari Raya pada 22 Julai 2016. Maklumat lanjut sila klik di sini
_________________________

PERLUASAN SKOP PENGGUNAAN KAD PESARA UKM

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftar melalui suratnya kepada Persatuan Pesara UKM betarikh 5 Februari 2016 telah menyatakan bahawa MPU Bil. 11/2015 bertarikh 20 Oktober 2015 telah meluluskan skop penggunaan Kad Pesara UKM bagi memberikan kemudahan perkhidmatan di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan Cabang UKM.
Tarikh berkuatkuasa ialah 1 Januari 2016.

Garis panduan yang berkaitan sila lihat lampiran.
klik di sini
_________________________

PEMBERITAHUAN

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PESARA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
(PPM-017-10-22092010)
BIL. 6

21 Mac 2016
3.00 petang
Bilik Mesyuarat Senat
Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Kehadiran semua ahli sangatlah dialu-alukan.
Semua ahli boleh menghantarkan usul secara bertulis/email kepada Persatuan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh mesyuarat
Pendaftaran ahli baru juga dibuka pada tarikh tersebut.
_________________________

PENGUMPULAN ARTIFAK

Persatuan Pesara sedang berusaha membantu Muzium Warisan Akademik UKM bagi menambahkan bahan koleksi artifak-artifak yang boleh dijadikan bahan sejarah dalam penubuhan UKM. Maka dialu-alukan kepada warga dan mantan kakitangan UKM yang mempunyai simpanan artifak-artifak tersebut menghubungi Muzium Warisan Akademik UKM ataupun Persatuan Pesara UKM.

_________________________

PEMBERITAHUAN AWAL

Mesyuarat Agung Persatuan Pesara bil. 6 dijangka akan diadakan pada 23 Mac 2016 (Selasa) bertempat di Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, jam 3.00 petang (maklumat terkini akan dimaklumkan kemudian sekiranya ada perubahan). Justeru semua ahli dipelawa untuk menyampaikan sebarang usul secara bertulis kepada Persatuan dalam jangka masa dua minggu sebelum tarikh mesyuarat. Ahli juga boleh mengirimkan usul melalui email pesara@ukm.edu.my.

Surat jemputan akan menyusul.

_________________________

BERITA PERTUKARAN NAMA PPUKM

Ingin dikhabarkan bahawa Pusat Perubatan UKM (PPUKM) telah dinamakan sebagai Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM.
Penamaan ini telah dirasmikan oleh Tuanku Canselor UKM pada 14 Oktober 2014 yang lalu.

_________________________

PERTUKARAN ALAMAT EMAIL PERSATUAN

Dengan adanya pertukaran system email baru UKM, dimana selepas atau pada 27 Januari 2014 UKM akan menggunakan sistem e-mel yang baru menggunakan domain *@ukm.edu.my Justeru alamat email Persatuan yang baru ialah pesara@ukm.edu.my.

_________________________

PEJABAT PERSATUAN

Pejabat Persatuan Pesara UKM telah berpindah daripada wisma kayu ke aras 4 Bangunan Pentadbiran Kolej Keris Mas. Perpindahan lokasi pejabat tidak merubah alamat surat menyurat persatuan. Untuk berurusan sila hubungi Setiausaha En. Khalis 012 2206812 atau Penolong Setiausaha Salmah 012 3755899

_________________________

ALAMAT SURAT MENYURAT PERSATUAN

Sebarang urusan surat menyurat melalui pos, hendaklah di alamatkan seperti berikut: Persatuan Pesara Universiti Kebangsaan Malaysia d/a Pos Mel, Aras 1, Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia 436000 UKM, Bangi, Selangor.

_________________________

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN KOMPLEKS SUKAN DAN DEWAN-DEWAN UKM TERMASUK PURI PUJANGGA

Universiti di dalam suratnya bertarikh 17 Julai 2013 telah bersetuju kemudahan-kemudahan menggunakan kompleks dan dewan-dewan berkenaan juga diberikan kepada pesara UKM sama seperti kakitangan yang sedang berkhidmat. Walau bagaimanapun penggunaan ini adalah tertakluk kepada ketersediaan ruang-ruang yang ingin digunakan pada tarikh yang dipohon.

_________________________

KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN PTSL

Universiti di dalam suratnya bertarikh 17 Julai 2013 telah bersetuju memberikan kemudahan kepada pesara UKM yang telah berkhidmat minimum 10 tahun dan bersara dari UKM dan memberi kelayakan rujukan dan pinjaman bahan perpustakaan secara percuma tanpa dikenakan yuran tahunan. Pesara hanya perlu mengemukakan kad pesara. Pesara UKM boleh meminjam 2 buah buku Koleksi Am selama 14 hari dan menggunakan perkhidmatan di siber@ptsl untuk mencari artikel jurnal dari pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan UKM.

_________________________

PELEKAT KERETA

Pelekat kereta 2016 telah mula dijual dengan harga RM10.00. Boleh dibeli di Pejabat Keselamatan.

_________________________

AHLI DAPATKAN AHLI

Seramai 162 orang telah mendaftar sebagai Ahli Persatuan setakat ini. Bagi menambahkan bilangan keahlian, Persatuan menjalankan kempen AHLI DAPATKAN AHLI. Dapatkan borang keahlian melalui pautan laman web persatuan www.ukm.my/pesara atau hubungi mana-mana pegawai persatuan (rujuk di bawah Senarai Pegawai Persatuan).

_________________________

SUMBANGAN MAKLUMAT/BERITA

Persatuan Pesara UKM mempelawa semua ahli Persatuan untuk menyumbang berita/maklumat untuk dimuat naikkan dalam laman web persatuan. Buat sementara ini sampaikan pesanan anda kepada salmah.kasmani@gmail.com

_________________________