Persatuan Pesara UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

PAWE

PROGRAM 5 DIMENSI

_________________

GARIS PANDUAN PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS(PAWE) Pindaan 2018

Klik disini untuk keseluruhan Garis Panduan

_________________

PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas)

PAWE merupakan tempat bagi warga emas (60 tahun dan ke atas) menjalankan program dan aktiviti harian di dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas yang melibatkan kerjasama strategi antara agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan komuniti setempat. Objektif penubuhan PAWE adalah merupakan manifestasi daripada Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara.

Kumpulan sasar bagi PAWE ini adalah terbahagi 2:

(a) Secara langsung : warga emas yang sihat tubuh badan dan boleh berdikasi

(b) Secara tidak langsung : ahli komuniti setempat seperti kanak-kanak, remaja, wanita, orang kurang upaya, keluarga dan komuniti rentan dan sebagainya.

Penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UKM adalah merupakan cetusan idea oleh Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H.CARE), Fakulti Sains Kesihatan dengan kerjasama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UKM telah diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 7 Mei 2019. Ia dinaungi oleh Persatuan Pesara, UKM. Mendapat peruntukan kewangan mengoperasi daripada JKM. Pejabat PAWE buat masa ini terletak di aras 5, Bangunan Pentadbiran, Kolej Keris Mas.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

  • Dato’ Harun Bintang (Setiausaha) – 019 3311152

  • Che Rus Pin (Penyelia) : 013 7569515

_________________