Program Jelajah Wanita Berdaya Tahan Zon Hulu Langat

Pada 4 Julai 2026, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia telah berkesempatan menghadiri Program Jelajah Wanita Berdaya Tahan Zon Hulu Langat yang berlangsung di Bangi Convention Centre (BCC).

Program anjuran Wanita Berdaya Selangor (WBS) ini menghimpunkan pelbagai inisiatif yang memfokuskan kepada pemerkasaan wanita dan institusi keluarga melalui perkongsian ilmu, peluang kerjaya, pembangunan kemahiran, saringan kesihatan serta aktiviti komuniti yang inklusif.

PKWTFH telah diwakili oleh Dr. Noremy Md Akhir, Encik Muhammad Irfan Waqiuddin Hasanudin dan Encik Muhammad Syahir Muhammad Saiful. Kehadiran delegasi PKWTFH mencerminkan komitmen pusat dalam memperkukuh jaringan strategik bersama agensi kerajaan, institusi dan organisasi yang berkongsi aspirasi untuk memperkasakan wanita serta memperluas impak program pembangunan kepimpinan wanita.

Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi strategik pada masa hadapan dalam usaha melahirkan wanita yang berdaya tahan, berdaya saing dan berupaya menjadi pemimpin yang membawa perubahan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

PKWTFH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan dan penganjuran program yang bermanfaat ini.