Bengkel Kemahiran Mengurus Emosi (27 Ogos 2025)
Pada 27 Ogos yang lalu Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) telah menganjurkan Bengkel Kemahiran Mengurus Emosi yang disertai oleh para belia daripada Adab Youth Garage (AYG). Aktiviti sepanjang program berlangsung dengan penglibatan aktif para peserta bermula dengan sesi pendaftaran peserta dan ucapan aluan, melawat Galeri Tun Fatimah Hashim di PKWTFH, diikuti slot ceramah bersama Dr. Norulhuda Sarnon, perbincangan interaktif, aktiviti berkumpulan, serta sesi soal jawab yang membina. Program ini diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan peserta dan penceramah. Bengkel ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan, ditambah lagi dengan suasana kondusif yang mendorong pembelajaran mereka.









