Jemputan Majlis Syarahan Perdana Profesor UKM
Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) dengan berbesar hati menjemput seluruh warga UKM dan masyarakat umum untuk menghadiri Majlis Syarahan Perdana Profesor oleh Felo Utama Bersekutu PKWTFH YBhg. Profesor Datuk Dr. Rokiah Hj. Omar dari Fakulti Sains Kesihatan, UKM.
Topik syarahan:
“Pencegahan Kebutaan, Pemulihan dan Kualiti Hidup Orang Berpenglihatan Terhad: Pendekatan Berasaskan Prinsip Pelbagai Disiplin”
Mari bersama menyokong usaha meningkatkan kesedaran dan kualiti hidup komuniti berpenglihatan terhad melalui pendekatan ilmiah dan multidisiplin.
Semua dijemput hadir!
