Majlis Serahan Tugas Kakitangan Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim

Majlis Serahan Tugas Kakitangan Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim PKWTFH, FSSK UKM pada 14 Mei 2026 bertempat di pejabat PKWTFH telah berlangsung dengan penuh penghargaan dan semangat kebersamaan.
Seluruh warga pusat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Hazwani Jamil dan Cik Noor Adibah Mohamad Hamid atas segala khidmat bakti, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di pusat ini. Segala jasa dan dedikasi yang diberikan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.
Pada masa yang sama, kami turut mengalu-alukan kehadiran Puan Rafeeda Rosli dan Encik Muhammad Syahir Muhammad Saufi ke keluarga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim. Selamat Datang dan Selamat Berkhidmat. Semoga kehadiran serta pengalaman yang dibawa dapat terus memperkukuhkan usaha dan kecemerlangan pusat ini pada masa hadapan.