Mesyuarat Pengurusan Koleksi Galeri Tun Fatimah Hashim
Pada 15 Mei 2026, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) bersama jawatankuasa tertinggi Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM (PTSL) telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Koleksi Galeri Tun Fatimah Hashim bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 5, PTSL UKM.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Hazmir Hj. Zainal, Ketua Pustakawan PTSL ini turut dihadiri oleh Pendaftar UKM, Tuan Hj. Zainudin Mohd Daud , Encik Harith Faruqi Sidek, Ketua Bahagian Pengurusan Memori Korporat PTSL UKM dan Encik Mohd Yazid Mohd Abzal Khan, Kurator Bahagian Pengurusan Memori Korporat, serta Dr. Noremy Md. Akhir selaku Ketua PKWTFH.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pengurusan koleksi Tun Fatimah Hashim yang ditempatkan di Galeri Tun Fatimah Hashim, termasuk pertemuan bersama waris berhubung koleksi yang dipinjamkan serta usaha melengkapkan daftar inventori koleksi di galeri. Perbincangan turut merangkumi perancangan pengurusan pemeliharaan dan penyelenggaraan bahan koleksi dan anggaran kos bagi kerja-kerja tersebut.
Menjadi harapan kami warga PKWTFH, semoga segala usaha dan perancangan yang bakal dilaksanakan dapat memperkukuh pengurusan serta pemeliharaan koleksi warisan tokoh wanita negara demi manfaat generasi kini mahupun akan datang.





