Program Dari Hati Suri: Suri Circle Siri 1
Pada 4 Julai 2026, Siri 1 Program Dari Hati Suri: Suri Circle telah berjaya dilaksanakan di Galeri Tun Fatimah Hashim, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Geran Dana Endowmen Kepimpinan Wanita yang bertujuan memperkasa golongan suri rumah melalui perkongsian ilmu, pembangunan kendiri serta penyediaan ruang sokongan komuniti yang kondusif dan bermakna.
Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada suri rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah telah menyertai program ini. Turut bersama menjayakan program ialah Dr. Noremy Md. Akhir selaku Ketua PKWTFH, 7 orang penyelidik yang diketuai oleh Dr. Norulhuda Sarnon @ Kusenin salah seorang penerima Geran Dana Endowmen Kepimpinan Wanita, serta 3 orang staf PKWTFH yang berganding bahu dalam memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti.
Melalui aktiviti ini, para peserta diberi peluang untuk menghias dan mewarnakan topeng mengikut kreativiti masing-masing sebagai simbol kepada identiti, emosi, pengalaman hidup serta harapan yang tersimpan di sebalik diri mereka. Setiap lakaran dan warna yang dipilih membawa kisah yang berbeza, sekali gus membuka ruang kepada peserta untuk mengenali diri dengan lebih mendalam, menghargai perjalanan hidup serta berkongsi pengalaman dalam suasana yang selamat dan penuh sokongan.
Program diteruskan dengan Slot “Mask Therapy” yang dikendalikan oleh pengasas MyMuka, yang berkongsi pendekatan penjagaan diri secara holistik melalui teknologi pembentukan kristal molekul air dalam serum dengan frekuensi bunyi. Perkongsian ini memberi perspektif bahawa amalan penjagaan diri bukan sahaja penting untuk kesihatan kulit, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan emosi, ketenangan minda dan peningkatan keyakinan diri.

























