Salam Ramadan Al-Mubarak

Seluruh warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) ingin merakamkan ucapan Salam Ramadan Al-Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh warga muslimin dan muslimat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Ramadan merupakan madrasah jiwa yang mendidik kita tentang disiplin diri, pengukuhan iman serta kepentingan amalan berkongsi rezeki dan mempererat silaturahim. Justeru, marilah kita bersama-sama menghayati nilai kesederhanaan, kesejahteraan dan keprihatinan terhadap sesama insan.
Semoga bulan yang mulia ini menjadi ruang untuk kita meningkatkan amal ibadah, memperbaiki diri serta menyemai nilai kebaikan dalam kehidupan seharian.