Selamat Datang kepada Pelajar Latihan Industri dari Fakulti Ilmu Budaya, Universitas Sumatera Utara, Indonesia
Pada 24 September 2025, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) dengan sukacitanya menerima dua ahli baru; Helma Putri Sinaga dan Fadilah Safrany, pelajar latihan industri dari Fakulti Ilmu Budaya, Universitas Sumatera Utara, Indonesia.
Selamat datang ke PKWTFH. Kami berbesar hati menerima kehadiran anda sebagai sebahagian daripada keluarga PKWTFH sepanjang tempoh latihan industri ini. Diharapkan pengalaman yang bakal diperoleh bukan sahaja dapat memperkukuh ilmu pengetahuan dan kemahiran praktikal, malah membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara institusi kita pada masa hadapan.
Semoga tempoh latihan ini menjadi pengalaman yang berharga dan bermakna buat anda, serta bermanfaat untuk pertukaran ilmu, budaya, serta memperkasa potensi diri ke arah melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan berwawasan global.



