Selamat Tahun Baharu 2025!
Selamat Tahun Baharu 2025!
Seluruh warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada semua. Diharapkan semoga pada tahun ini, kita beroleh lebih kejayaan , kebitaraan dan kecemerlangan khasnya buat warga UKM.
Pada kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Rejab 1446H kepada seluruh umat Islam. Bersama-samalah kita berusaha meningkatkan amalan yang dituntut pada bulan ini seperti membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi S.A.W. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT.
