Sesi Perbincangan antara Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) dan Pusat Islam UKM | Siri 2

Alhamdulillah, pada 30 Jun 2026 telah berlangsung sesi perbincangan kali kedua antara Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) dan Pusat Islam UKM bertempat di Masjid UKM bagi membincangkan pelaksanaan program anjuran bersama yang dijadualkan berlangsung sekitar November ini.

Pertemuan ini menjadi platform untuk menyelaras idea, memperkukuh kerjasama strategik serta memastikan forum yang dirancang mampu memberi impak kepada pembangunan kepimpinan wanita di peringkat akar umbi.

Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik, Kualiti dan Penjanaan Pusat Islam, Dr. Nashrah Hani Jamadon; Ketua PKWTFH, Dr. Noremy Md. Akhir; Prof. Emeritus Dr. Che Husna Azhari; serta wakil kepimpinan tertinggi Persatuan Kemajuan Wanita Kelantan (PUSPA), Datin Nik Radiah Nik Hassan.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan usaha ini menjadi medan memperkasa kepimpinan wanita, sekali gus melahirkan lebih ramai pemimpin yang berilmu, berwibawa serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara.