Tahniah dan Selamat Datang YBrs. Prof. Madya Dr. Nor Ba’yah Abdul Kadir atas pelantikan sebagai Pengarah PKWTFH

Seluruh warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang buat YBrs. Prof. Madya Dr. Nor Ba’yah Abdul Kadir atas pelantikan sebagai Pengarah PKWTFH baharu yang berkuat kuasa pada 20 November 2023. Semoga PKWTFH akan terus maju, cemerlang dan kekal relevan dalam memperkasa kepimpinan wanita, serta memartabat wanita sebagai pemangkin pembangunan negara bangsa di bawah payung kepimpinan beliau.