loader image

Teknologi Hijau Berasaskan Tumbuhan Tasik Chini: Pameran IGEM2023 Pamer Hasil Penyelidikan PPTC UKM

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-UKM dengan kerjasama Kerajaan Pahang telah menyertai International Greentech and EcoProducts Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2023 pada 4 hingga 6 Oktober di KLCC.

 Pelbagai produk penyelidikan berasaskan tumbuhan Tasik Chini diketengahkan termasuk Teknologi Rawatan Air menggunakan Teknik Fitoremediasi (Phytoremediation), hasil inovasi kumpulan Prof. Ir. Dr. Siti Rozaimah serta Penghasilan Arang Eko (Ecocharcoal) daripada Pokok Rasau inovasi PM Dr. Adlansyah.

Bertemakan “Race Towards Net Zero: Leadership for Climate Action”, persidangan ini merupakan antara acara penting di Asia Tenggara yang mengetengahkan inisiatif kelestarian dan teknologi hijau dengan penyertaan lebih 40,000 pelawat dari 40 buah negara. 

Pada persidangan kali ini, reruai kontinjen Pahang termasuk PPTC juga dinamakan sebagai pemenang ‘State Innovation Award’ untuk pameran kreatif mereka. Tahniah!

Skip to content