Kursus Pengacaraan bagi Warga UKM
Oleh Dr Hazlina Mohd Miskam
Foto Dr Hazlina Mohd Miskam
BANGI, 14 Oktober 2025 – Kursus Pengacaraan Bagi Warga UKM telah dilaksanakan secara fizikal di Bilik Bankuasi Aras 2 Bangunan Canselori UKM pada 14 Oktober 2025 (Hari Selasa).
Kursus ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan seramai 45 orang peserta dari pelbagai PTJ di UKM telah menghadiri kursus ini yang disampaikan oleh 3 orang penceramah yang berpengalaman dalam bidang pengacaraan.
Perlaksanaan kursus ini adalah berdasarkan 3 tajuk ceramah yang disampaikan oleh 3 orang penceramah di sebelah pagi. Manakala di sebelah petang pula sesi ujibakat pencarian bakat baru sebagai pengacara telah dilaksakan ke atas semua peserta. Berikut adalah butiran terperinci.
Penceramah: Encik Irham Abdullah
Penolong Pegawai Tadbir
Jabatan Khidmat Pelanggan, HCTM
Tajuk: Peranan dan Tugas Pengacara
Penceramah: Puan Siti Salwa Ahmad Zur
Penolong Pendaftar Kanan
Pejabat Naib Canselor
Tajuk: Citi-ciri Pengacara Hebat
Penceramah: Puan Hasnoor Shima Ahmad Hassan
Guru Bahasa
Pusat Kajian Bahasa & Linguistik (PBL), FSSK
Tajuk: Disiplin Pengacaraan
Sesi Ujibakat Pencarian Pengacara Baru
Juri:
a) Encik Mohd Norhafizun Mohd Saman
Pegawai Optometri
Fakulti Sains Kesihatan
b) Cik Nor Azura Rosidi
Pegawai Sains Kanan
Pusat Kajian Toksikologi & Risiko Kesihatan (CORE)
c) Encik Mohammad Hidir Mohamed
Penolong Pendaftar Kanan
Sekretariat Pengajian Prasiswazah
Fakulti Perubatan
d) Puan Junaidah Damri
Setiausaha Pejabat (N6)
Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM)
Objektif Penganjuran Kursus ini adalah untuk :-
• Mencari dan mencungkil bakat baru dalam bidang pengacaraan terutamanya untuk Majlis Konvokesyen UKM
• Memberi pendedahan awal di kalangan pengacara baru
• Membina keyakinan diri di kalangan pengacara baru
Di akhir kursus ini telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam pengacaraan dan peserta-peserta yang terpilih akan disaring diperingkat seterusnya oleh Ahli Jawatankuasa Pengacaraan dan para juri yang terlibat di dalam sesi ujibakat pencarian pengacara baru yang telah dilaksanakan. Sesi ujibakat pencarian pengacara baru telah mendapat sambutan dan telah dilaksanakan dengan jayanya sehingga objektif kursus ini berjaya dicapai khususnya dalam mencari dan mencungkil bakat baru dalam kalangan peserta-peserta untuk menjadi pengacara di majlis-majlis rasmi antaranya Majlis Konvokesyen UKM.












