Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan

 Memacu Bakat Kepimpinan Masa Depan

FUNGSI BAHAGIAN

Bahagian Bakat Kepimpinan dan Pendigitalan

  1. Melestarikan kepimpinan strategik dan tadbir urus terkehadapan.
  2. Membangunkan dasar kepimpinan transformatif masa depan.
  3. Merancang program Pembangunan Kepimpinan Pendigitalan dan Kalis Masa Depan.
  4. Memperkasa ekosistem ikon dan kepimpinan masa depan.
  5. Memperkasa pelan pewarisan terkehadapan.

Bahagian Bakat Pensyarah dan Profesional

  1. Membangunkan kelompok bakat berprestasi tinggi dan berjati diri.
  2. Memperkasa sistem bakat masa depan.
  3. Memperkasa program profesional kalis masa depan.
  4. Melestarikan sistem laluan kerjaya, kompetensi dan jawatan memuncul.
  5. Mengurus dan menyelaras Sistem Maya Bestari dan Sistem UrusBakat.

Bahagian Bakat Staf dan Jaringan

tertakluk kepada kelulusan MPU
  1. Membangunkan program latihan untuk staf;
  2. Menyediakan pelan latihan jangka panjang dan jangka pendek untuk meningkatkan kecekapan staf;
  3. Menilai keperluan latihan staf;
  4. Memantau kemajuan dan keberkesanan program latihan yang dilaksanakan

Bahagian Pentadbiran

  1. Mengurus dan melaksana hal ehwal pentadbiran termasuk perekodan dan profilan
  2. Merancang dan mengurus hal ehwal kewangan termasuk peruntukan, perbelanjaan, perolehan dan aset
  3. Mengurus pengoperasian dan penggunaan bilik latihan
  4. Merancang dan mengurus sumber manusia pusat termasuk hal ehwal kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan staf
  5. Merancang dan menjana kewangan melalui program latihan kompetensi pusat
  6. Mengurus dan menjalankan aktiviti jaminan kualiti termasuk pengauditan, dokumentasi dan pematuhan mengikut standard ISO9001:2015