Bengkel Susulan Pembangunan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) UKM-7 Mac 2023.

Bengkel Susulan Pembangunan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) UKM telah diadakan secara dalam talian pada 7 Mac 2023. Pelaksanaan bengkel susulan bagi melihat perkembangan proses pembangunan kompetensi fungsian mengikut skim perkhidmatan.

Profesional-UKM merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan oleh peserta yang terlibat terutamanya kepada Ketua Skim Perkhidmatan dan Jawatankuasa Pembangun Kamus Kompetensi Fungsian bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Penyelidik, Pegawai Undang-undang, Pegawai Keselamatan, Pegawai Kewangan (Juruaudit), Pegawai Psikologi, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Kurator, Pegawai Belia & Sukan, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pustakawan, Pegawai Pereka dan Pegawai Kebudayaan.