Ahli Jawatankuasa Taskforce Bakat & Kepimpinan di bawah Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA)

Bengkel Pembangunan Playbook Pengurusan Kompetensi Fungsian Universiti Awam telah diadakan pada 27 hingga 29 Oktober 2023 bertempat di Premiera Hotel Kuala Lumpur anjuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dan International Islamic University Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA).

Bengkel ini yang dihadiri oleh Pasukan Kerja (Taskforce) Bakat & Kepimpinan JKSMUA terdiri daripada UiTM, UNIMAP, UTM, UKM, UMT, UM, UTEM dan USM bermatlamatkan untuk membangunkan Playbook Pengurusan Kompetensi Fungsian yang akan dijadikan panduan umum dalam pengurusan kompetensi fungsian bagi memastikan pentadbir universiti memiliki keupayaan yang diperlukan untuk menjalankan peranan dan tanggungjawab bagi mencapai tahap prestasi dan produktiviti yang optimum.

Sepanjang bengkel berlangsung ahli TF memberikan kerjasama dan komitmen jitu bagi memastikan tujuan dan objektif bengkel dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Terima kasih ahli Taskforce Bakat & Kepimpinan dan Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA)!

(sumber: https://www.facebook.com/PENDAFTAR.UMPSA)