LinkedIn Sebagai Cerminan Watan: Membangun Identiti Profesional Warga UKM

BANGI, 30 Oktober 2025 – Kursus LinkedIn Sebagai Cerminan Watan: Membangun Identiti Profesional Warga UKM telah dilaksanakan secara fizikal di Bilik Lily 1, Bangi Resort Hotel pada 30 Oktober 2025 (Hari Khamis).
Kursus ini telah dihadiri seramai 25 orang peserta merangkumi Akademik dan Pengurusan & Profesional dari pelbagai PTJ di UKM yang disampaikan oleh seorang penceramah yang berpengalaman dalam bidang LinkedIn.

Perlaksanaan kursus ini adalah berdasarkan 5 modul yang telah dipilih oleh penceramah berkaitan dengan LinkedIn. Berikut adalah butiran terperinci.
Kursus ini bertujuan untuk memperkasakan warga profesional Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam membina dan mengurus identiti profesional secara strategik melalui platform LinkedIn. Dalam era digital dan jaringan global, LinkedIn berfungsi bukan sekadar sebagai laman jaringan sosial, tetapi sebagai medium penting untuk membina kredibiliti, memperluas rangkaian profesional, serta mempromosikan kepakaran dan sumbangan individu kepada universiti dan negara.

Penceramah: Puan Nurul Addini Ahmad Tajudin
Founder Soulove & CEO Diniflix.com

Objektif Penganjuran Kursus ini adalah untuk :-
• Membimbing peserta dalam membina dan mengurus profil LinkedIn yang menarik, profesional dan berimpak tinggi
• Memberi pemahaman asas dan lanjutan tentang fungsi serta kepentingan LinkedIn dalam konteks pembangunan kerjaya dan jaringan profesional
• mempelajari teknik personal branding melalui kandungan dan interaksi strategik di platform LinkedIn;
• Menunjukkan cara untuk memperluaskan rangkaian profesional serta meningkatkan kebolehlihatan (visibility) dalam kalangan rakan industri dan komuniti professional
• Mendedahkan peserta kepada ciri-ciri lanjutan LinkedIn, termasuk LinkedIn Analytics, artikel dan penggunaan LinkedIn untuk promosi akademik dan kerjaya
• Meningkatkan keyakinan peserta untuk menggunakan LinkedIn secara proaktif dan konsisten dalam pembangunan akademik dan kerjaya

Di akhir kursus ini semua peserta dapat mengemaskini profil LinkedIn masing-masing dengan naratif profesional yang kukuh dan berwibawa, berhubung secara aktif dengan industri serta komuniti global, serta berkongsi ilmu dan pencapaian secara beretika dan berimpak.