Bengkel Pembangunan Modul Program Sijil Profesional Kepimpinan Kepolisan
Tarikh: 10 – 11 Jun 2025 (Selasa – Rabu)
Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat: Bangi Resort Hotel
Bengkel Pembangunan Modul Program Sijil Profesional Kepimpinan Kepolisan telah dijalankan selama (2) dua hari pada 10 dan 11 Jun 2025 dengan melibatkan pembangun modul penceramah bagi Sijil Profesional Kepimpinan Pengoperasian Kepolisan, Sijil Profesional Kepimpinan Strategik Kepolisan dan Sijil Profesional Penilaian Kompetensi Kepimpinan Tertinggi dalam Kepolisan. Tujuan bengkel ini adalah untuk memperkemas kandungan modul, menyelaras hasil pembelajaran dan memastikan kesepadanan struktur kurikulum ketiga-tiga program agar sejajar dengan keperluan pembangunan kepimpinan. Terima kasih di atas komitmen daripada pembangun modul dan penceramah dalam menghasilkan modul pembelajaran bagi Sijil Profesional ini.

