Bengkel Pembangunan Pelan Penggantian Fakulti

Bengkel Pembangunan Pelan Penggantian Fakulti telah diadakan pada 18 Ogos 2022. Profesional-UKM telah membentangkan kerangka pelan penggantian, jenis pelan penggantian, program pembangunan kepimpinan serta kaedah penilaian dan pemprofilan bagi kelompok bakat pentadbir fakulti.

Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada Dekan, Ketua Pentadbiran dan wakil kedekanan yang memberikan komitmen yang tinggi dalam membangunkan Pelan Penggantian Fakulti.

Pelan Penggantian adalah satu perancangan menggunakan kaedah yang sistematik dalam mengenalpasti, menilai dan membangunkan keupayaan individu bagi memenuhi keperluan organisasi pada masa kini dan akan datang.