Bengkel Susulan Pembangunan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) UKM

Bengkel Susulan Pembangunan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) UKM telah diadakan secara dalam talian pada 17 Februari 2023. Pelaksanaan bengkel susulan bagi melihat perkembangan proses pembangunan kompetensi fungsian mengikut skim perkhidmatan.

Pihak Profesional-UKM telah memberikan penerangan proses pembangunan model kompetensi fungsian serta proses pembangunan kamus. Profesional-UKM merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan oleh peserta yang terlibat terutamanya kepada Ketua Skim Perkhidmatan dan Jawatankuasa Pembangun Kamus Kompetensi Fungsian bagi skim perkhidmatan J, N dan C.

Tahniah dan terima kasih kepada skim perkhidmatan yang telah mengemukakan deraf pertama Kamus Kompetensi Fungsian. Insya Allah pihak Profesional-UKM akan meneliti deraf kamus sebelum dikemukakan ke Jawatankuasa Penilai Kamus Kompetensi Fungsian.