International Seminar on Competency-Based Talent Management (InSem CBTM) pada 19 – 21 September 2023

Profesional-UKM telah dijemput menyertai International Seminar on Competency-Based Talent Management (InSem CBTM) pada 19 – 21 September 2023 bertempat di ILD UiTM.

Seminar ini merupakan platform perkongsian ilmu dan pengalaman antara industri dan juga universiti awam. Peserta diberikan pendedahan aspek CBTM yang telah dipraktiskan dalam dunia korporat dan juga institusi pendidikan ke arah melahirkan pegawai yang kompeten. Melalui pendekatan CBTM, organisasi dapat mengekalkan kelompok bakat berprestasi tinggi dan kelompok bakat pemimpin masa hadapan dengan dilengkapi kemahiran, daya kreativiti serta berinovasi seiring dengan dunia generasi akan datang.