Kursus “Competency Based Talent Management (CBTM) in Practice”

Profesional-UKM telah diundang Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA) serta Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan, Jabatan Pendaftar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 9 – 10 Oktober 2023 dalam Kursus “Competency Based Talent Management (CBTM) in Practice” bertempat di Hotel Ramada, Johor Bahru.

Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-UKM telah menyampaikan ceramah bertajuk “Menelusuri Pengalaman UKM” serta berkongsi pandangan berkaitan pelaksanaan pembangunan bakat dan kompetensi. Semoga semua peserta yang terlibat dalam kursus ini, memperolehi ilmu pengetahuan dalam pengurusan bakat berasaskan kompetensi serta merealisasikan di peringkat universiti masing-masing.

Jutaan terima kasih kepada JKSMUA dan UTM atas jemputan kepada pihak Profesional-UKM. Syabas dan tahniah atas penganjuran kursus yang dapat membantu menguruskan bakat dengan baik. Semoga dengan perkongsian ini dapat meningkatkan dan memperbaharui pengetahuan disamping membina jaringan kolaborasi antara universiti awam.