Lawatan Penandaarasan Profesional-UKM ke Universiti Malaysia Pahang

Lawatan Penandaarasan Profesional-UKM ke Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah diadakan pada 7 November 2022.

Profesional-UKM merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada En. Mohd Raizalhilmy Mohd Rais, Pn. Nurul Mardhiah Mahusin dan warga kerja atas kesudian menerima kunjungan Profesional-UKM.

Pihak UMP telah berkongsi ilmu serta pengalaman dalam kompenan utama pengurusan kompetensi UMP. Perbincangan antara Profesional-UKM dan UMP menjurus kepada isu kompetensi, latihan dan pelan penggantian universiti. Tahniah dan syabas UMP kerana mempunyai sistem berasaskan kompetensi dalam keseluruhan proses sumber manusia. UMP antara universiti terawal melaksanakan “Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi” atau “Competency Based Talent Management”.