Majlis Anugerah Sijil Kompetensi Pengurusan Penyelidikan, Pengkomersialan dan Inovasi (SK3Pi)

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin telah merasmikan Majlis Anugerah Sijil Kompetensi Pengurusan Penyelidikan, Pengkomersialan dan Inovasi (SK3Pi) anjuran Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM).

Majlis ini adalah untuk meraikan 34 orang peserta sulung yang bukan sahaja terdiri daripada kakitangan Universiti Kebangsaan Malasyia (UKM), malah turut disertai oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS), yang sama-sama berjaya memperoleh sijil kompetensi tersebut.

Sijil ini merupakan inisiatif dalam memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kompetensi peserta dalam menguruskan penyelidikan yang berimpak, berinovasi dan berpotensi untuk dikomersialkan.

Modul SK3Pi dibangunkan dengan kepakaran serta tenaga pengajar di sembilan buah Pusat Tanggungjawab (PTj) UKM yang bersama-sama membantu Profesional-UKM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PTj tersebut adalah iaitu Pusat IDEA, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM), Jabatan Bendahari, Pusat Tunku Seri Lanang (PTSL), Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal ( ALAF-UKM), Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), Pusat Inovasi dan Permindahan Teknologi (INOVASI@UKM) dan Unit Integriti dan Ombudsman.

Semoga sijil kompentensi yang diperolehi dapat memberi manfaat kepada masyarakat melalui penyelidikan rentas disiplin yang berimpak tinggi.

Turut hadir ialah Pengarah Profesional-UKM, Prof. Madya Dr Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah ALAF-UKM, Pro Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin dan Peneraju Kluster Penyelidikan UKM, Pusat IDEA, Prof. Dr. Dzulkefly Abdul Karim.

(sumber : UKMOfficial)


Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan program Sijil Kompetensi Pengurusan Penyelidikan, Pengkomersialan dan Inovasi (SK3Pi) UKM dan telah menerima sijil masing-masing dalam Majlis Anugerah Sijil Kompetensi Pengurusan Penyelidikan, Pengkomersialan dan Inovasi (SK3Pi) UKM pada 12 Disember 2023 (Hari Selasa) di Anjung Digital, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM. Majlis penganugerahan sijil-sijil tersebut telah disampaikan oleh Y. Bhg. Prof Dato’ Ts. Dr Norazah Mohd Nordin iaitu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat) UKM.

Syabas dan tahniah sekali lagi dari pihak Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) kepada semua peserta.