Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Sijil Profesional Kepimpinan Kepolisan Siri 1 Tahun 2025
Tarikh: 3 Jun 2025 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Pusat Perhubungan Alumni (Alumni-UKM)
Mesyuarat yang berlangsung pada 3 Jun 2025, di Bilik Mesyuarat Pusat Alumni UKM telah dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Helmi Norman, Pengarah Profesional-UKM serta barisan Pengurusan dan Pegawai Profesional-UKM. Delegasi PDRM pula telah diketuai ACP Dr. Sivabalan A/L Suppiah, Penolong Pengarah Pengurusan (Penilaian Kompetensi) Bahagian Dasar Sumber Manusia, ACP Dr. Mazlina bt Che Mustapa PPP (Pembangunan Kerjaya) Bahagian Dasar Sumber Manusia serta pegawai dari PDRM. Antara perkara penting yang dibincangkan adalah tentang penganjuran Sijil Profesional Kepimpinan Kepolisan Siri 1 Tahun 2025 yang akan dijalankan mulai 21 Julai 2025.


