Nak Buat Poster Kursus? Senang Je..

Kursus ini telah diadakan pada 18 Ogos 2022 bertempat di Siber@PTSL. Ia hanya ditawarkan kepada Warga Pelaksana UKM sahaja.

Di awal kursus, peserta diterangkan berkenaan Anatomi Poster Kursus. Ia adalah elemen-elemen asas yang biasanya ada dalam sebuah poster kursus iaitu:

  1. Header (Logo)
  2. Tajuk Kursus (tajuk utama dan sub tajuk)
  3. Maklumat Lanjut Kursus (tarikh, hari, masa dan tempat)
  4. Maklumat Penceramah (gambar, nama, jawatan pusat tanggungjawab)
  5. Footer (ikon akaun media sosial PTj)

Seterusnya ialah penerangan berkenaan prinsip hieraki visual pada sesebuah rekaan. Ia adalah berkenaan susunan elemen-elemen yang dimuatkan pada rekaan. Antara prinsip yang disebut semasa kursus ialah:

  1. Saiz dan Skala
  2. Warna dan Kontrasnya
  3.  Hierarki Tipografi
  4.  Penjarakan (Spacing)
  5. Kedekatan/Sekelompok (Proximity)
  6. Penjajaran (Alignment)
  7. Pengulangan (Repetition)
  8. Garisan Penunjuk (Leading Lines)
  9. Peraturan 1/3 (Rules of Third)
  10. Perspektif (mewujudkan kesan 3D)

Sebelum kursus berakhir, penceramah telah membuat sebuah demonstasi menghasilkan poster kursus menggunakan perisian Microsoft Power Point. Beberapa hasil karya warga pelaksana Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan UKM juga telah dipaparkan kepada peserta.