Pemantapan Jati Diri FGG

Profesional-UKM telah diundang oleh Pejabat Dekan, Fakulti Pergigian (FGG) untuk mengendalikan empat slot dalam Kursus Pemantapan Jati Diri FGG yang berlangsung pada 6 – 8 Oktober 2023. Program ini dihadiri oleh staf pelaksana serta staf pengurusan dan profesional yang melibatkan seramai 102 orang peserta.

Modul latihan berstruktur yang dikendalikan oleh Profesional-UKM menjurus kepada pembangunan diri, identiti berkumpulan, komunikasi berpasukan dan pengurusan krisis pasukan. Pelbagai aktiviti kerja berpasukan serta permainan uji minda telah dilaksanakan sepanjang kursus ini. Warga FGG sangat hebat, menghiburkan serta sentiasa menyahut cabaran yang diberikan.

Alhamdulillah kursus ini berjaya mencapai matlamatnya dalam membina warga FGG yang lebih bersedia mengharungi cabaran mendatang. Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada pihak kedekanan FGG atas peluang dan ruang yang diberikan. Semoga warga kerja FGG terus berusaha untuk lebih maju kehadapan.