Pengukuhan Kompetensi Kepimpinan Kejururawatan Kalis Masa Depan

Profesional-UKM telah diundang oleh Jabatan Pengurusan Kejururawatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) bagi mengendalikan slot bertajuk “Pengukuhan Kompetensi Kepimpinan Kejururawatan Kalis Masa Depan”. Slot ini telah disampaikan dalam Bengkel Perancangan dan Hala Tuju Berteraskan Perawatan Kejururawatan pada 4 Oktober 2023 bertempat di Bangi Hotel Resort.

Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-UKM selaku penceramah telah menerangkan kompetensi, model kompetensi dan kepimpinan profesion kejururawatan.

Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada profesion kejururawatan berusaha untuk memahami dan mendalami pekara berkaitan pengurusan bakat dan kompetensi. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan kepada semua jururawat di HCTM. Selamat Maju Jaya!