Program Bakat Kepimpinan Karisma (Aras 7 & Aras 8)
Program Bakat Kepimpinan Karisma- Aras 7 & Aras 8, anjuran Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan (Profesional-UKM) merupakan program pemerkasaan, tadbir urus dan kepimpinan dalam membentuk karakter pemimpin yg berteraskan Kamus Kompetensi Kepimpinan UKM. Program ini telah berlangsung selama dua (2) hari pada 30 Jun dan 1 Julai 2025 (Isnin dan Selasa). Peserta program melibatkan para pentadbir universiti yang berada di aras 7 dan aras 8 yang terdiri daripada Pengerusi Pusat, Ketua Editor/Penyunting Jurnal (Peringkat universiti yang bertaraf Scopus/WOS) serta Penolong Dekan.
Majlis Perasmian Program Bakat Kepimpinan Karisma dihadiri oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Pendaftar UKM dan Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Helmi Norman, Pengarah Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan (Profesional-UKM), Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Idzat Idris, Timbalan Pengarah (Pembangunan Kompetensi) Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan (Profesional-UKM) dan Sr Ts. Dr. Noraini Hamzah, Timbalan Pengarah (Penilaian dan Pemprofilan) Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan (Profesional-UKM).
Slot Pertama: Prestasi Unggul, Perkhidmatan Gemilang oleh Kol. Bersekutu (PA) Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab Rahman, Dekan Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM
Slot Kedua: Minda Profesional Membentuk Kepimpinan Masa Hadapan Oleh Prof. Dr. Zeti Azura binti Mohamed Hussein, Timbalan Dekan (Prasiswazah) Fakulti Sains & Teknologi UKM
Slot Ketiga: Kepintaran Digital Memacu Kecekapan Pemimpin oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Hanif bin Md Saad, Pengarah Pusat Teknologi Maklumat UKM
Slot Keempat: Advokasi Kepimpinan Berintegriti, Prof. Dr. Salawati Mat Basir, Pensyarah Pusat Kajian Undang-Undang Antarabangsa & Siyar, Fakulti Undang-Undang UKM
Slot Kelima: Personaliti Dinamik, Organisasi Progresif oleh Mej. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Shazli Ezzat Ghazali, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UKM




















