Program Bakat Kepimpinan Perantis (Aras 9 dan Aras 10)
Tarikh: 6-7 Mei 2025 (Selasa & Rabu)
Tempat: Auditorium Teknopolis Multimedia Fusion, Akademia Siber Teknopolis.
Program Bakat Kepimpinan Perantis melibatkan pentadbir aras 9 dan 10 yang meliputi penyelaras iaitu penyelaras program, penyelaras alumni, penyelaras hal ehwal pelajar, penyelaras hal ehwal industri dan masyarakat, ketua jaringan industri dan komuniti, ketua program, ketua program siswazah, ketua program pra siswazah dari setiap fakulti dan institut. Program ini merupakan program kepimpinan yang merangkumi pemerkasaan, tadbir urus dan kepimpinan dalam membentuk karakter pemimpin serta mengukur kompetensi kepimpinan.
Program ini telah dihadiri seramai 73 orang pensyarah.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





