Program Kejuruteraan Profesionalisme: Strategi Mencapai Status Jurutera Profesional (IR) Bagi Warga UKM

Oleh Mohd Fauzi Parmin
Foto Mohd Fauzi Parmin

BANGI, 24 September 2025 – Program Kejuruteraan Profesionalisme: Strategi Mencapai Status Jurutera Profesional (IR) Bagi Warga UKM telah diadakan pada 24 September 2025 (Rabu). Program ini telah dilaksanakan secara fizikal di Bangi Resort Hotel.

Program ini telah disertai seramai 31 orang Pensyarah Universiti dan kakitangan Pengurusan & Profesional iaitu Jurutera dari skim J (mempunyai latar belakang kejuruteraan).
Sebagai sebuah universiti penyelidikan yang unggul, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) komited untuk memastikan barisan pensyarah akademik dan Jurutera di UKM terlibat secara aktif dalam pembangunan profesional masing-masing. Salah satu laluan penting bagi pensyarah dan Jurutera dalam bidang kejuruteraan adalah memperoleh pengiktirafan sebagai Jurutera Profesional (Ir.) melalui Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

Namun, proses permohonan ini sering dianggap kompleks dan kurang difahami, khususnya oleh pensyarah akademik dan Jurutera (Skim J) yang tidak terlibat secara langsung dalam industri.
Justeru itu, satu sesi perkongsian oleh penceramah profesional yang berpengalaman amat penting bagi memberikan pencerahan mengenai laluan, keperluan, dan strategi efektif untuk mencapai status Jurutera Profesional.

Objektif program:
• Memberikan pendedahan kepada pensyarah dan kakitangan Pengurusan & Profesional iaitu Jurutera mengenai proses permohonan Jurutera Profesional melalui BEM/IEM.
• Meningkatkan kefahaman tentang syarat kelayakan, dokumentasi dan pengalaman kejuruteraan yang relevan.
• Menggalakkan pensyarah dan Jurutera untuk merancang pembangunan kerjaya selaras dengan keperluan pendaftaran profesional.
• Mewujudkan jaringan kolaborasi antara akademik dan Jurutera dengan profesional industri.

Penceramah:
Y.Brs. Prof. Madya Ir. Dr. Shahrul Niza Bin Mokhatar
Jabatan Kejuruteraan Awam
Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Modul:
a) Proses Permohonan Jurutera Profesional (Ir.)
• Laluan BEM vs IEM
• Penyediaan dokumen dan laporan teknikal
• Cabaran & peluang untuk pensyarah akademik dan kakitangan Pengurusan & Profesional iaitu Jurutera
b) Konsultasi (Hands-On Dalam Sistem)