Program Kepimpinan Bakat Perantis

Program Kepimpinan Bakat Perantis berlangsung selama dua hari pada 14 – 15 Februari 2023. Program ini merupakan program awalan bagi pentadbir universiti untuk meningkatkan kecenderungan daya kepimpinan melalui kefahaman tadbir urus universiti.

Hari pertama program berlangsung, Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-UKM telah memperkenalkan Ujian Personaliti Individu serta Kompetensi Kepimpinan yang boleh dihubungkaitkan dalam membentuk kelompok bakat pemimpin yang berpengetahuan pada masa hadapan.

Slot Kepimpinan Pasukan Hebat telah dikendalikan oleh En. Norrul Izuhan Shafri, Ketua Penolong Pendaftar dari Jabatan Kewangan HCTM. Peserta dibahagikan kepada kumpulan serta perlu menyelesaikan permainan uji minda sebagai analogi dalam memahami kepimpinan universiti.

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi & Pembangunan Korporat) turut hadir menyampaikan hasrat universiti serta berkongsi pandangan dan pengalaman sebagai pentadbir dalam Slot UKM Unggul Mengukuh dan Memperkasa Negara Bangsa.

Hari kedua program Kepimpinan Bakat Perantis diteruskan dengan Slot Memimpin Diri, Agenda Setiap Hari telah dikendalikan oleh Tuan Hj. Syamsul Amri Abd Razak. Tugasan kumpulan yang diberikan telah dilaksanakan dengan baik oleh semua peserta. Slot Meraikan Perbezaan, Menyantuni Persamaan dikendalikan oleh Puan Yuslina Johari, Pegawai Psikologi UKM.

Di akhir program ini, Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-UKM telah menyampaikan Sijil Kepimpinan Bakat Perantis kepada semua peserta yang terlibat. Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada penceramah dan peserta atas kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang program ini berlangsung.

Bakat Perantis merupakan program awalan untuk mencungkil dan mengilap kelompok bakat kepimpinan universiti yang bakal menerajui universiti di masa hadapan. Tahniah kepada kumpulan Bintang yang telah menjuarai aktiviti dan tugasan berkumpulan. Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua peserta.

Anda Hebat, UKM Hebat!