Program Pembangunan Kompetensi Generik – Minggu Membina Jati Diri Untuk Dunia Hadapan

Oleh Mohd Fauzi Parmin
Foto Mohd Fauzi Parmin

BANGI, 22 Julai hingga 24 Julai 2025 – Minggu Membina Jati Diri Untuk Dunia Hadapan yang merupakan kursus Pembangunan Kompetensi Generik telah diadakan pada 22 Julai 2025 (Selasa) hingga 24 Julai 2025 (Khamis). Program ini telah dilaksanakan secara dalam talian. Program ini merupakan salah satu latihan kompetensi generik iaitu dimulakan dengan kluster Kesejahteraan Kerja yang merangkumi kompetensi:

1. Penglibatan kerja
2. Keseimbangan kehidupan dan kerja
3. Perkembangan kerjaya

Program ini merujuk kepada Model atau Kamus Kompetensi Generik UKM.
• Tarikh: 22 Julai sehingga 24 Julai 2025
• Tempat: Secara dalam talian (Aplikasi Zoom)