Program Pembayangan Pemimpin (Leadership Shadowing) 2022

Program Pembayangan Pemimpin (Leadership Shadowing) bagi tahun 2022 telah bermula pada 1 Julai 2022 dan akan tamat pada 31 Ogos 2022. Program selama 2 bulan ini wajib diikuti oleh staf akademik lantikan baharu sebagai program suai tugas kepimpinan.

Ini merupakan salah satu usaha pihak universiti bagi memberikan pendedahan, pengalaman dan pemerhatian dalam menerajui universiti pada masa kini dan masa hadapan. Pemimpin merupakan pengurusan tertinggi universiti yang terdiri daripada Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Pro Naib Canselor, Penasihat Undang-undang, Dekan dan Pengarah. Pembayang merupakan peserta yang terdiri daripada pensyarah di gred lantikan 51.

Tahniah dan syabas kepada peserta yang telah memulakan langkah pertama dengan mengadakan pertemuan bersama pemimpin yang dipadankan. Semoga semua peserta mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman yang bermanfaat sepanjang program.