Program Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Tahun 2025
Untuk permulaan tahun 2025, sebanyak 3 siri program Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan dirancangkan untuk ditawarkan kepada tenaga akademik UKM yang masih belum menyertai program ini sebagai salah satu syarat bagi memenuhi keperluan MQA khususnya dalam aspek pengajaran dan penyeliaan. Merangkumi tiga modul wajib iaitu Peraturan dan Pengurusan Siswazah, Peranan dan Tanggungjawab Penyeliaan dan Etika dan Integriti Penyeliaan. Tempoh pelaksanaan program dilaksanakan dalam tempoh satu (1) hari dan boleh dilaksanakan secara bersemuka atau dalam talian dan boleh ditawarkan secara kolaborasi dengan mana-mana Fakulti/Pusat/Institut bersama Profesional-UKM.
- Siri 1
Tarikh: 27 Mei 2025
Peserta: 44 orang pensyarah (Fakulti Ekonomi & Pengurusan)
Tempat: Bangi Resort Hotel
- Siri 2
Tarikh: 11 Jun 2025
Peserta: 156 orang pensyarah (Terbuka)
Tempat: Secara dalam talian



