Program Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan

Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) telah berjaya menganjurkan Program Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan selama 3 hari iaitu 5, 7 dan 8 Mac 2024 bertempat di Dewan Kuliah Fakulti Sains & Teknologi UKM.

Pihak Profesional-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para peserta yang telah berjaya melengkapkan kesemua modul yang ditawarkan sepanjang program ini. Syabas dan tahniah!