Seminar Bakat Pensyarah Masa Depan
Dilaksanakan pertama kalinya pada tahun 2025 iaitu selama 2 hari pada 29 hingga 30 April 2025 di Auditorium Perpustakaan Lingkungan Ke 2.
OBJEKTIF
- Memberikan pensyarah baharu peluang untuk berinteraksi dengan pensyarah yang lebih berpengalaman, serta rakan-rakan sekerja dalam bidang akademik yang boleh membantu dalam kerjaya mereka.
- Memberi pendedahan tentang bagaimana teknologi pendidikan dan digitalisasi memberi impak terhadap pengajaran dan pembelajaran di universiti.
- Bagi membantu pensyarah baharu memahami pelbagai laluan kerjaya akademik yang boleh diambil, serta bagaimana mereka boleh berkembang dalam bidang pengajaran, penyelidikan, dan sumbangan kepada masyarakat.
- Memberikan pendedahan tentang cara-cara menjalankan penyelidikan yang berkualiti, menulis dan menerbitkan artikel penyelidikan dalam jurnal atau buku, serta mendapatkan dana penyelidikan


