Sesi Libat Urus AKEPT dan Unit Latihan Universiti Awam

Sesi Libat Urus AKEPT dan Unit Latihan Universiti Awam telah diadakan pada 10 Ogos 2022 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Dalam sesi ini pihak USIM telah membentangkan proses pembangunan bakat dan pelan penggantian USIM yang disampaikan oleh Encik Syafful Annuar Sarani dari Bahagian Pembangunan Sumber Manusia USIM.

USIM telah mengaplikasikan kerangka peningkatan potensi, kualiti, nilai peribadi, pengetahuan dan kemahiran bakat secara berterusan yang dikenali sebagai “SIANA: Staf Integrasi Amal Naqli Aqli”. SIANA merupakan asas model pengurusan bakat berasaskan kompetensi berintegrasikan Naqli dan Aqli.

Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada Encik Syafful Annuar Sarani, Pengurusan Tertinggi USIM dan team USIM selaku tuan rumah bagi sesi libat urus kali ini. Terima kasih kepada AKEPT dan rakan kolaborasi UPNM bagi penganjuran sesi libat urus.