Sesi Perbincangan dan Lawatan Penanda Arasan dari Pusat Pengurusan Bakat dan Kepimpinan, Universiti Teknologi Malaysia

Sesi perbincangan dan Lawatan Penanda Arasan dari Pusat Pengurusan Bakat dan Kepimpinan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru ke Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) pada 21 November 2023 (Selasa). Delegasi ini diketuai oleh Dr Dina Azleema bt Mohamed Nor , Timbalan Pendaftar.

Profesional-UKM yang diketuai oleh Pengarah iaitu Prof Madya Dr Mohd Suhaimi Mohamad dan Timbalan Pengarah iaitu Prof Madya Dr Noor Alaudin Abdul Wahab telah berkongsi berkaitan pengurusan bakat berasaskan kompetensi dan program latihan kompetensi serta kepimpinan yang ditawarkan.

Jutaan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Pusat Pengurusan Bakat dan Kepimpinan, UTM.