Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Anjuran Profesional-UKM

Oleh Dr Hazlina Mohd Miskam
Foto Mohd Fikri Khairuddin Abu Bakar

BANGI, 22 Julai 2025 – Program Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Anjuran Profesional-UKM Siri 4 Tahun 2025 telah dilaksanakan secara dalam talian pada 22 Julai 2025 (Hari Selasa) di platform Zoom.

Program ini telah disertai seramai 103 orang ahli akademik dari pelbagai fakulti di UKM.

Objektif
• Memahami konsep dan pengurusan penyeliaan dengan tepat mengikuti Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran yang ditetapkan.
• Mengenalpasti dan menjelaskan tugas, peranan, tanggungjawab dan sifat-sifat penyelia yang berkesan.
• Mengenal pasti kaedah-kaedah yang tepat dan betul dalam menyelesaikan isu permasalahan semasa penyeliaan.
• Mengaplikasi prinsip-prinsip penyeliaan yang berkesan untuk mempertingkatkan kualiti pelajar.

Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan yang ditawarkan kepada semua warga akademik UKM ini merupakan satu program latihan berstruktur akademik yang dijalankan bagi memenuhi keperluan akreditasi MQA. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah mengemaskini dokumen Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (Standards: Master’s and Doctoral Degree) yang mana pemakaiannya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2021.

Pemberi Pendidikan Tinggi yang menawarkan program Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada pematuhan MQA di samping standard program yang berkaitan penyediaan dokumen permohonan Akreditasi Sementara, Akreditasi Penuh dan Audit Pematuhan (MDD MQA 2021). Syarat Pensijilan Kompetensi ini adalah semua peserta warga akademik UKM perlu mencapai 100% kehadiran iaitu menghadiri dengan jayanya semua modul yang di ambil.

Y. Brs. Prof. Madya Dr. Zariyantey Abd. Hamid
Timbalan Pengarah (Dasar Akademik dan APEL)
Pusat Pengurusan Akademik
Modul: Peraturan dan Pengurusan Siswazah

Y. Bhg. Prof. Dr. Zainuddin Sajuri
Timbalan Pengarah (Kompetensi Siswazah dan Promosi)
Pusat Pengurusan Akademik
Modul: Peranan dan Tanggungjawab Penyeliaan

YM. To’ Puan Dr. Tengku Elmi Azlina Tengku Muda
Ombudsman UKM
Menjalankan Tugas Ketua Unit Integriti & Ombudsman UKM.
Modul: Etika dan Integriti Penyeliaan