SIJIL KOMPETENSI PENGURUSAN PENYELIDIKAN, PENGKOMERSIALAN DAN INOVASI (SK3Pi)

Pada 14 September 2023, program SK3Pi diteruskan dengan Modul 6 iaitu Pengurusan Instrumentasi yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Puan Hir Yanti Md Tahir dan Puan Chm. Dahliya Abdul Kadir dari Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal (ALAF-UKM). Dalam modul ini, peserta diberi pendedahan mengenai peranan dan fungsi ALAF-UKM sebagai peneraju kecemerlangan penyelidikan makmal alami dan makmal fizikal. Selain itu, kursus ini juga memberi penekanan terhadap pengurusan instrumentasi dan pengurusan makmal perkhidmatan berpusat di UKM.

Program SK3Pi telah disertai oleh 33 orang yang terdiri daripada staf akademik, staf pengurusan & profesional serta staf pelaksana dari UKM, UMS, UTM dan UniSZA. Program ini bermula Ogos 2023 dan akan berakhir pada November 2023.
Selamat Maju Jaya kepada semua peserta. Teruskan usaha bagi meningkatkan kompetensi dan pengetahuan dalam menjadi penyelidik berwibawa dan pengurus yang hebat di universiti.