SIJIL KOMPETENSI PENGURUSAN PENYELIDIKAN, PENGKOMERSIALAN DAN INOVASI (SK3Pi)

Pada 12 Oktober 2023, program SK3Pi diteruskan dengan Modul 8 iaitu Harta Intelek yang telah disampaikan oleh Cik Izzaidah Ishak dari Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi. Dalam modul ini, peserta diberi pendedahan dan pengetahuan mengenai ekosistem harta intelek, jenis-jenis harta intelek dan menjalankan carian novelti bagi menentukan novelti kajian dari sudut harta intelek.

Program SK3Pi telah disertai oleh 33 orang yang terdiri daripada staf akademik, staf pengurusan & profesional serta staf pelaksana dari UKM, UMS, UTM dan UniSZA. Program ini bermula Ogos 2023 dan akan berakhir pada November 2023. Selamat Maju Jaya kepada semua peserta. Teruskan meningkatkan kompetensi dan pengetahuan anda dalam mengurus penyelidikan, pengkomersialan dan inovasi.