SIJIL KOMPETENSI PENGURUSAN PENYELIDIKAN, PENGKOMERSIALAN DAN INOVASI (SK3Pi)

Pada 26 Oktober 2023, program SK3Pi diteruskan dengan Modul 9 iaitu Pemerkasaan Pengkomersialan yang disampaikan oleh En. Mohamad Mustaqim Rosli, Pegawai Penyelidik Sosial dari Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi. Dalam modul ini, peserta diberi pendedahan dan pengetahuan ekosistem pengkomersialan, pengetahuan perancangan pra pengkomersialan seperti kajian pasaran, analisa SWOT, Kanvas Model Perniagaan (BMC) serta pengetahuan dasar dan undang-undang pengkomersialan.

Program SK3Pi telah disertai oleh 33 orang yang terdiri daripada staf akademik, staf pengurusan & profesional serta staf pelaksana dari UKM, UMS, UTM dan UniSZA. Program ini bermula Ogos 2023 dan akan berakhir pada November 2023. Selamat Maju Jaya kepada semua peserta. Teruskan meningkatkan kompetensi dan pengetahuan anda dalam mengurus penyelidikan, pengkomersialan dan inovasi.