SIJIL KOMPETENSI PENGURUSAN PENYELIDIKAN, PENGKOMERSIALAN DAN INOVASI (SK3Pi) UKM


Unit Penilaian & Pemprofilan, Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) telah berjaya menganjurkan Kursus Modul 10 bertajuk “Etika dan Integriti Penyelidikan” bagi program Sijil Kompetensi Pengurusan Penyelidikan, Pengkomersialan dan Inovasi (SK3Pi) UKM. Ia telah dilaksanakan secara atas talian di pautan zoom pada 9 November 2023 (Khamis).

Terima kasih diucapkan kepada 2 orang penceramah yang berjaya menyampaikan modul tersebut iaitu YM. To’ Puan Dr. Tengku Elmi Azlina Tengku Muda dari Ombudsman UKM, Unit Integriti & Ombudsman UKM dan Encik Ahmad Sharif Haron iaitu Penolong Pendaftar dari Unit Integriti & Ombudsman UKM

Sekalung tahniah dan Selamat Maju Jaya diucapkan dari Profesional-UKM kepada semua peserta yang berjaya menamatkan Modul 10 : Etika dan Integriti Penyelidikan ini.