Sijil Pentadbiran Universiti

Profesional-UKM telah dijemput untuk mengendalikan sesi dalam program “Sijil Pentadbiran Universiti” pada 27 Februari 2023 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Sijil ini merupakan Sijil Pentadbiran Universiti Tahap 1: Membangun Orang Lain di bawah Program Pembangunan Bakat Pelan Penggantian USIM yang bertujuan memperkasa kelompak bakat pelan penggantian USIM. Peserta kursus terdiri daripada pentadbir universiti dan pegawai pengurusan & profesional gred 44 ke atas. Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-UKM telah mengendalikan sesi yang bertajuk “Merancang, Mengurus dan Menyelia dengan Berkesan”.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar USIM kerana sudi menjemput Profesional-UKM untuk menjayakan salah satu agenda pembangunan bakat di USIM. Tahniah dan syabas USIM di atas usaha memastikan pentadbir universiti diberikan pengetahuan dan pengalaman serta berjaya menawarkan Sijil Pentadbiran Universiti.