Sijil Profesional Kepimpinan Pengoperasian Kepolisan Siri 2/2025

Oleh Nor Afiqah Najlaa’ Abd Rahim
Foto Komunikasi UKM, Filza Fazasha Suhni @ Husni & Mohamad Rafidzi Md Yusof

BANGI, 11 OGOS 2025 – Seramai 27 orang peserta terdiri daripada Pegawai Kanan Polis berpangkat Pemangku Asisten Komisioner Polis (ACP) dan Superintenden Polis (SUPT.) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyertai Program Sijil Profesional Kepimpinan Pengoperasian Kepolisan Siri 2/2025 yang bermula dari 11 hingga 15 Ogos 2025.

Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara UKM dan PDRM melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai pada Ogos 2024 yang lalu. Sijil Profesional ini mempunyai lima (5) modul iaitu yang disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd Juzaiddin Ab Aziz, Prof. Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin, Prof Madya Dr Wan Mohd Hirwani Wan Hussain, Prof. Madya Dr Mohd Aftar Abu Bakar dan Prof. Madya Dr. Jamiah Manap.

YDH SAC Dato’ Nurulhudanbinti Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Kerjaya Jabatan Pengurusan Bukit Aman telah merasmikan Pelaksanaan Program Sijil Profesional Kepimpinan Pengoperasian Kepolisan Siri2/2025 PDRM bertempat di Kompleks Alumni UKM. Sijil Profesional Kepimpinan Pengoperasian Kepolisan ini merupakan siri terakhir bagi Sijil Profesional pada tahun 2025.