Sijil Profesional Penilai Kompetensi Kepimpinan Tertinggi dalam Kepolisian
Oleh Nor Afiqah Najlaa’ Abd Rahim
Foto Komunikasi UKM, Filza Fazasha Suhni @ Husni & Mohamad Rafidzi Md Yusof
BANGI, 21 JULAI 2025 – Program Sijil Profesional Kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kalis Masa Depan merupakan hasil kerjasama strategik antara UKM dan PDRM melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai pada Ogos 2024 yang lalu. Sijil Profesional Kepimpinan Polis Diraja Malaysia Kalis Masa Depan merangkumi tiga (3) Sijil Profesional Penilaian Kompetensi Kepimpinan Tertinggi dalam Kepolisan, Sijil Profesional Kepimpinan Strategik Kepolisan dan Sijil Profesional Kepimpinan Pengoperasian Kepolisan.
Sijil Profesional Penilaian Kompetensi Kepimpinan Tertinggi dalam Kepolisan Siri 1/2025 telah diadakan pada 21 – 25 Julai 2025. Seramai 20 orang peserta telah menghadiri Sijil Profesional tersebut yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) dan Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sijil Profesional ini mempunyai lima (5) kursus yang disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Helmi Norman, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Idzat Idris, Prof. Madya Ts. Dr. Zulkefli Mansor, Prof. Madya Dr Mohd Aftar Abu Bakar, Prof. Madya Dr. Bity Salwana Alias dan Sr Ts. Dr. Noraini Hamzah.
Program Perasmian Sijil Profesional ini dirasmikan oleh DCP Mohd Asri Md Akhir, Pemangku Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia), Jabatan Pengurusan Bukit Aman. Turut hadir adalah Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed, Pengarah Yayasan Canselor yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Tuan Haji Zanuddin Mohd Daud, Pendaftar UKM dan Prof. Madya Ts. Muhammad Helmi Norman, Pengarah Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM).















