Ucapan Tahniah Pengarah Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan
Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan mengucapkan setinggi tahniah kepada Prof Madya Ts Dr Muhammad Helmi Norman (Pengarah, Profesional-UKM) sebagai Ketua Penyelidik serta ahli penyelidik, Prof Dato’ Ts Dr Norazah Mohd Nordin (Pengarah, UKM ISN-SDG), Prof Madya Ts Dr Zukefli Mansor (Pengarah, Pengajaran-UKM), Prof Madya Dr Tengku Siti Meriam Tengku Wok (Ketua KPU Teknologi Pembelajaran & Tingkah Laku Manusia), Dr Nor Hafizah Adnan (Pensyarah Kanan Pembelajaran Imersif, FPend) & Dr Mohammad Hafiz Zaini (Ketua DPLI & Sarjana Eksekutif, FPend) atas geran antarabangsa European Union Erasmus+ kolaborasi bersama Croatia, Spain, Maldives, Sri Lanka, & Malaysia berjumlah 61,150 EUR (RM295,000).